fbpx

Mourinho dakwa Spurs lebih hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO (kanan) terpaksa mengeluarkan Heung-min (kiri) disebabkan percaturan taktikal sewaktu tewas kepada Liverpool awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho tetap merasakan skuad bimbi­ngannya lebih layak meraih kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield awal pagi semalam.

Spurs yang jatuh ke tangga kedua liga, kempunan meraih tiga mata selepas Liverpool mempamer kebangkitan dramatik untuk memenangi perlawanan menerusi jaringan Roberto Firmino pada hujung perlawanan.

Bagaimanapun, Mourinho ke­kal dengan pendiriannya bahawa Spurs tidak sepatutnya tewas kerana mempamerkan corak dan taktikal permainan yang lebih baik berbanding skuad juara bertahan itu.

“Saya akui agak kecewa dengan keputusan ini kerana kami boleh meraih kemenangan. Mungkin kami tidak begitu baik dalam aspek penguasaan bola tetapi kami mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

“Tidak keterlaluan jika saya katakan keputusan seri adalah lebih adil buat kami. Inilah lumrah bola sepak, kami perlu lupakan kekalahan ini dan fokus aksi seterusnya,” katanya.

Spurs terpaksa akur dengan kekalahan itu selepas sekadar menjaringkan satu gol menerusi Son Heung-min.

Dalam perkembangan sama, Mourinho mengkritik tingkah laku pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang didakwa tidak menghormati pasukannya yang ber­ada di bangku simpanan.

“Saya beritahu Klopp bahawa pasukan terbaik tewas kali ini. Jika saya yang berkelakuan se­perti itu, mungkin saya akan dilayangkan kad merah oleh pe­ngadil,” jelas Mouriho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI