fbpx

Filem baharu promosi babak tak senonoh punca kanak-kanak ‘rosak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ibu bapa dinasihat supaya mengelak membawa atau membenarkan anak menonton filem yang mempunyai dialog atau babak tidak senonoh.

Menerusi perkongsian di Public Health Malaysia (PHM), tindakan itu dikhuatiri boleh mempengaruhi anak-anak dalam gejala sosial yang tidak sihat.

PHM mendakwa, filem tempatan baharu dipenuhi dengan dialog yang tidak sesuai diikuti dengan babak merokok yang dipaparkan tanpa henti.

“Dialog ‘mencarut’ dah macam ratib. Itu sahaja diulang-ulang. Permulaan babak pun dah hulur rokok,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Hantaran tersebut yang dimuat naik sejak semalam menerima lebih 10,000 tanda suka termasuk 1,400 komen dan perkongsian.

Rata-rata bersetuju dengan PHM dengan menyifatkan pengaruh filem memberikan impak yang besar terhadap permasalahan sosial dalam kalangan belia.

“Saya tengok, budak-budak sekarang, seawal tadika pun dah pandai mencarut. Sakit hati kita dengar. Cara bercakap macam perkataan itu biasa sangat,” kata Azlin.

“Pencetus masalah ini raih untung berpuluh juta. Yang menanggung ialah pihak sekolah,” luah Burn Kalamalam.

“Geram dengan mereka yang bekarya, tak ada fikir rasa tanggungjawab dan kesan kepada remaja,” jelas Wawa.

Justeru, orang ramai memohon agar kerajaan memainkan peranan dari aspek penguatkuasaan dan kawalan tapisan, bukan hanya sekadar mengklasifikasikan filem mengikut had umur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI