fbpx

Sindiket ‘love scam’ sasar rakyat Amerika Syarikat sertai judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 12 individu ditahan terlibat dalam aktiviti love scam dan perjudian online.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu termasuk seorang wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti ‘love scam’ dan perjudian dalam talian membabitkan warga Amerika Syarikat.

Kegiatan sindiket berkenaan terkandas apabila serbuan dilaksanakan pada 16 Mei lalu, di kediaman sekitar ibu negara yang dipercayai dijadikan pusat operasi mereka hampir dua bulan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 18 hingga 43 tahun.

“Turut dirampas sembilan unit laptop, 33 unit telefon bimbit, satu utas rantai manik, lima bentuk cincin, enam beg silang, seutas rantai leher, satu router, satu modem, dua jam tangan mewah serta pelbagai mata wang.

“Hasil pemeriksaan dan penelitian barang kes mendapati sindiket tersebut telah beroperasi sejak April tahun ini.

“Bagi memperdaya mangsa, sindiket akan mencipta akaun media sosial palsu melalui Facebook serta Instagram dan seterusnya berkenalan dengan mangsa dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

“Mangsa kemudiannya akan ditawarkan pautan judi atas talian seterusnya akan kehilangan kesemua wang yang dipertaruhkan.

“Kesemua individu yang ditahan berperanan sebagai agen pusat panggilan dan menerima gaji sebanyak RM2,500 sebulan serta empat peratus komisen daripada jumlah kerugian mangsa mereka,” jelasnya.

Menurut beliau, siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI