fbpx

Hebat! Adik Meerqeen dapat 9A SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK kepada pelakon Meerqeen bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

PETALING JAYA – Pelakon Meerqeen meluahkan rasa gembira dan bangga apabila adiknya berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, kongsikan khabar baik itu menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam InstaStory.

9A, mantap. Tahniah adik,” katanya ringkas.

Berdasarkan keputusan tersebut adiknya, Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam, 18, yang bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.

Antara subjek yang mendapat keputusan A Cemerlang dan A Cemerlang tinggi ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuteraan, Pengajian Kejuteraan Awam dan Fizik.

Sementara subjek Kimia pula mendapat keputusan B+ Kepujian tertinggi. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI