PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca hujan beberapa negeri melibatkan beberapa kawasan pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan diramalkan akan berlaku di beberapa tempat melibatkan Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.
“Dalam pada itu, kebanyakan tempat dilaporkan tiada hujan di kawasan Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Putrajaya dan Melaka,” katanya.
Bagi cuaca di Sabah, MetMalaysia meramalkan hujan di beberapa tempat di sekitar Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Kudat dan Labuan.
Di Sabah pula, hujan lebat dijangkakan melanda beberapa tempat di Kapit, Miri dan Limbang.
Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, Met Malaysia menjangkakan ribut petir di beberapa kawasan Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Di Sabah ribut petir diramalkan berlaku di beberapa tempat Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.
“Cuaca hujan dan lembap turut dijangka berlaku melibatkan beberapa tempat di Tawau,” katanya.
Bagi cuaca di Sarawak, ribut petir berlaku di beberapa tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Walaubagaimanapun, MetMalaysia melaporkan tiada amaran angin kencang dan laut bergelora diramalkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.-KOSMO! ONLINE