fbpx

Remal hentam Bangladesh, hampir sejuta berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK berkumpul di tepi pantai di bandar Kuakata, Bangladesh menjelang ketibaan Siklon Remal semalam. – AFP

DHAKA  – Siklon kuat membadai Bangladesh semalam dengan hampir sejuta orang melarikan diri jauh dari kawasan pantai yang dilanda angin kencang dan ombak besar.

“Ribut kuat ini, Siklon Remal mula melintasi kawasan pantai di Bangladesh semalam. Kami merekodkan kelajuan angin maksimum 90 kilometer, namun tiupan angin diramal menjadi lebih kencang,” kata Pengarah Jabatan Meteorologi, Azizur Rahman kepada AFP sambil menambah, ribut itu dijangka menghentam kawasan pantai hingga hari ini.  

Pakar-pakar kaji cuaca meramalkan tiupan angin berkelajuan sehingga 130 kilometer sejam, manakala hujan lebat dan angin kencang turut membadai India.

Siklon membunuh beratus-ratus ribu orang di Bangladesh sejak beberapa dekad lalu tetapi bilangan ribut itu semakin meningkat disebabkan impak perubahan iklim.

“Siklon Remal boleh menyebabkan paras laut meningkat setinggi 4 meter berbanding paras biasa dan ini berbahaya,” kata pegawai cuaca kanan Bangladesh, Muhammad Abul Kalam.

Sebahagian besar kawasan pantai Bangladesh memiliki ketinggian hanya 1 atau 2 meter dari paras laut dan ribut seperti Siklon Remal berisiko menyebabkan kemusnahan besar.

Beberapa menteri dan pegawai bencana berkata, sekurang-kurangnya 800,000 penduduk Bangladesh meninggalkan kampung-kampung di tepi pantai, manakala 50,000 orang di India turut berpindah.

 “Kami mahu memastikan tiada satu nyawa pun melayang,” kata Bankim Chandra Hazra yang merupakan menteri kanan negeri Bengal Barat di India.

Sementara itu, polis Bangladesh berkata, sebuah feri lebih muatan membawa lebih 50 penumpang karam dekat pelabuhan Mongla yang menjadi laluan  Siklon Remal.

“Sekurang-kurangnya 13 orang cedera dan dibawa ke hospital,” kata ketua polis tempatan, Mushfiqur Rahman Tushar. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI