fbpx

12 cedera pesawat Qatar Airways alami ‘turbulence’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

12 cedera pesawat Qatar Airways alami ‘turbulence’

 

DOHA – Seramai 12 penumpang cedera akibat golakan udara semasa menaiki sebuah penerbangan dari Doha menuju ke Dublin.

Akhbar Independent melaporkan Lapangan Terbang Dubai sebagai berkata, enam penumpang dan enam kru cedera dalam insiden melibatkan penerbangan Qatar Airways itu

Pesawat tersebut bagaimanapun mendarat dengan selamat mengikut jadual sejurus sebelum pukul 1 tengahari (waktu tempatan) semalam.

“Selepas mendarat, pesawat itu dimasuki oleh petugas kecemasan, polis lapangan terbang dan pasukan bomba disebabkan enam penumpang dan enam kru dilaporkan cedera selepas mengalami golakan udara semasa di ruang udara Turkiye,” demikian menurut kenyataan Qatar Airways di laman X.

Menurutnya, semua penumpang diperiksa untuk kecederaan sebelum turun daripada pesawat.

“Seramai lapan orang dibawa ke hospital,” kata beberapa pegawai lapangan terbang.

 Penerbangan pulang ke Doha(QR018) pula dijadualkan beroperasi seperti biasa tengahari semalam dan hanya lewat seketika. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN