fbpx

Sanggup melecur demi selamatkan tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIJAJ yang melecur teruk dirawat di Hospital Presbyterian-Weill Cornell, New York. - Foto New York Post

NEW YORK – Seorang lelaki melecur teruk selepas dia melindungi tunangnya daripada terkena sejenis cecair mudah terbakar yang disimbah oleh seorang individu di New York, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku semalam di sebuah stesen kereta api bawah tanah.

Tubuh Petrit Alijaj, 23, dibalut sepenuhnya ketika dia berbaring di katil Hospital Presbyterian-Weill Cornell, dan masih terkejut dengan serangan rambang itu. 

Doktor memberitahu bahawa badan Alijaj melecur 30 peratus dan turut menjangkakan lelaki itu akan berada di hospital sekurang-kurangnya seminggu.

Bagaimanapun Alijaj berkata, tindakannya adalah berbaloi kerana ia bertujuan untuk melindungi tunangnya.

“Saya melindungi tunang saya dengan badan saya,” katanya kepada New York Post.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dikenali sebagai Nile Taylor, 49, disyaki membawa sebuah cawan yang mengandungi cecair mudah terbakar. 

Menurut pihak berkuasa, bahan itu terbakar apabila ia menyentuh baju Alijaj, seterusnya membakar daging lelaki itu.

Suspek ditahan sejurus selepas serangan itu setelah polis mengesan telefon bimbit yang berada padanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI