fbpx

99 peratus ikan alien ‘penghuni’ Sungai Kuyoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelab Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya dan sukarelawan melakukan aktiviti menjala pada Program Memburu Ikan Asing di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lebih 600 ekor ikan asing atau lebih dikenali sebagai ‘ikan alien’ termasuk ikan bandaraya ditangkap dalam tempoh dua jam di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil di sini semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, keadaan itu membimbangkan pihaknya kerana ia boleh merosakkan ekosistem perairan negara.

“Kita tidak jumpa lagi ikan asli di Sungai kuyoh. Hanya ada se­ekor dua ikan puyu dan keli kayu.

“Kebanyakannya adalah ikan asing. Sungai ini sangat kritikal selain beberapa empangan lain di Lembah Klang,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Program Memburu Ikan Asing Bersama Komuniti di Bukit Jalil semalam.

Selain tilapia hitam dan ikan bandaraya, turut ditangkap keli afrika, lampam jawa dan jaguar.

Menurut beliau, lebih 80 pera­tus sungai di Lembah Klang mempunyai ikan asing selain Sungai Perak dan Pahang.

Adnan memberitahu, prog­ram memburu ikan asing tersebut dilaksanakan dalam usaha mengimbangi ekosistem bagi membolehkan perairan mendapatkan kembali ikan asli.

“Saya menyeru semua pihak supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab sama ada secara sedar atau tidak untuk tidak melepaskan spesies ikan alien ke perairan negara.

“Melepaskan ikan asing tidak membantu untuk kita meningkatkan biodiversiti ikan asli kita,” katanya.

Adnan (dua dari kanan) dan Daryl Foong (dua dari kiri) menunjukkan hasil tangkapan spesies ikan asing pada Program Memburu Ikan Asing bersama komuniti di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh FARIZ RUSADIO

Turut hadir Pengarah Eksekutif Aquawalk Sdn. Bhd., Daryl Fong bagi menyebarkan kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga ekosistem perairan di Malaysia.

Program yang dilaksanakan Jabatan Perikanan itu turut mendapat kerjasama Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya dan agensi kerajaan, pihak swasta, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI