fbpx

Usaha menyelamat mangsa tanah runtuh sukar akibat keganasan puak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung berkumpul di lokasi tanah runtuh di Maip Mulitaka, wilayah Enga kelmarin. - AFP

PORT MORESBY – Keganasan puak yang tercetus merumitkan usaha mencari dan menyelamat yang giat dilakukan di kawasan tanah runtuh sebuah perkampungan di Papua New Guinea.

Kampung di lereng bukit yang terletak dalam wilayah Enga hampir musnah sepenuhnya apabila tanah runtuh melanda pada awal pagi Jumaat lalu.

Berpuluh-puluh rumah tertimbus bersama-sama penduduk yang sedang tidur di dalamnya.

Pertempuran puak tercetus di sepanjang laluan yang merupakan satu-satunya laluan untuk pergi ke zon bencana tersebut, demikian menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Serhan Aktoprak.

“Usaha mencari dan menyelamat di atas serpihan adalah sangat berbahaya, manakala tanah masih tergelincir,” katanya.

Meskipun Aktoprak menjelaskan bahawa keganasan itu tidak berkaitan dengan tanah runtuh, tentera Papua New Guinea menyediakan bantuan keselamatan bagi memastikan konvoi bantuan dibawa dengan selamat.

Perkampungan tersebut menempatkan hampir 4,000 orang dan berfungsi sebagai pusat perdagangan yang sibuk untuk pelombong aluvium yang mendulang emas di kawasan tanah tinggi.

Walaupun angka kematian rasmi belum dikeluarkan, agensi bantuan serta pemimpin tempatan melahirkan rasa bimbang di mana terdapat kemungkinan antara 100 hingga 300 orang terkorban dalam tragedi itu.

Menurut  Aktoprak, lima mayat ditarik keluar dari serpihan pada melam kelmarin, manakala  lebih 100 rumah kini telah musnah sepenuhnya termasuk sebuah sekolah sementara dan beberapa gerai. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI