fbpx

Menangis ketakutan bumbung diterbangkan ribut depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bumbung yang jatuh susulan angin ribut di Blok 94, Apartment Putra Ria, Bangsar, Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah berkongsi detik cemas apabila menyaksikan bumbung kediamannya diterbangkan angin kencang dalam kejadian di Blok 94, Apartmen Putra Ria, Bangsar, di sini petang tadi.

M. Santha Kumari, 41, berkata, ketika kejadian, dia bersama adiknya berada dalam rumahnya di tingkat 20 sebelum hujan turun dengan lebat diikuti angin kencang.

“Dalam pukul 6.30 hujan lebat angin kerja, saya nampak depan mata bumbung (yang berada di tingkat 22) terbang jatuh kebawah, kami sekeluarga terus ketakutan sebab angin tiup kencang dekat blok atas.

“Ini pertama kali jadi, dekat bawah selalu ada budak-budak main, macamana kalau kena mereka? Itu yang saya fikirkan, nasib baik kena kenderaan sahaja tak libatkan nyawa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tinjauan di lokasi mendapati, sekitar enam buah unit rumah terjejas akibat bumbung tercabut ekoran ditiup anging kencang selain beberapa kenderaan mengalami kerosakan dihempap zink.

Sementara itu, Rodziah Noordin, 51 berkata, sebagai penduduk yang menetap hampir 20 tahun di sana, beliau masih terkejut dengan kejadian tersebut.

Jelasnya, keadaan seakan huru-hara seketika selepas bumbung tersebut terkena beberapa kenderaan yang berada di kawasan parkir di bawah blok itu.

“Riuh jadinya, saya nampak macam asap berterabur dekat atas, bumbung itu jatuh sebanyak dua kali, masa kejadian hujan sangat lebat, orang ramai semua turun nak alihkan kenderaan risau apa pula yang akan jatuh.

“Kebetulan masa kejadian tiada siapa dekat bawah bangunan ini, sebagai penduduk saya harap ada tindakan seperti bantuan diberikan kepada mereka terjejas, macam yang berada di tingkat atas,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak empat lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, maklumat kesemua insiden itu diterima bermula pukul 6.20 petang hingga 7 petang.

Menurut kenyataan itu, kesemua insiden tidak melibatkan sebarang mangsa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI