fbpx

Cici pernah ‘berisi’, suka lelaki manja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cici mahu kekal sihat tanpa menyusahkan orang lain apabila tua kelak.

Pernah mencapai berat 90 kilogram (kg), gadis Pesona Ahad minggu ini, Norashikin AhmadTarmizi, 25, yang mesra dipanggil Cici mengakui dirinya hilang keyakinan diri ketika dihantui masalah berat berlebihan.

Malah dia yang merupakan pencipta kandungan juga terpaksa menelan pelbagai kata-kata negatif termasuk layanan berbeza terutama daripada golongan lelaki selain kecede­raan lutut ketika berusia 21 tahun.

Kepada Kosmo! Ahad, Cici yang bekerja sebagai jurutera berkongsi kisah dirinya berjaya menurunkan berat badan seba­nyak 25kg selain mengamalkan gaya hidup sihat dalam tempoh setahun.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri Cici?
Cici: Graduan jurusan Giofizik dari Universiti Sains Ma­laysia (USM) dan merupakan salah seorang pe­mimpin pelajar di kampus. Anak kesembilan daripada 11 beradik. Kini Cici bekerja sebagai ‘Geo­physicist’ dan pengajar pilates serta pencipta kan­dungan secara sambilan.

Bagaimana bermula sebagai pempengaruh?
Pada mulanya hanya suka-suka. Namun selepas banyak muat naik berkaitan senaman di gimnasium dan segala hal yang menjurus ke arah kesihatan, saya mula mendapat perhatian.

Bagaimana imbangkan ma­sa kerja dan senaman?
Disiplin kunci paling utama, ke­sihatan diri penting dan saya mahu kekal sihat tanpa menyusahkan orang lain apabila tua kelak. Saya habiskan satu jam sehari untuk bersenam dan menjadikannya sebagai aktiviti merehatkan minda daripada bekerja.

Pendorong utama dalam amalan gaya hidup sihat?
Berat saya pernah mencecah 90kg dan keadaan itu membuatkan saya hilang kenyakinan diri. Saya berjaya turunkan berat 25kg dalam masa setahun berkat disip­lin tinggi.

CICI impikan lelaki yang manja, beradab dan menjaga pola pemakanan.

Kongsi rutin harian Cici?
Saya workout hampir setiap hari termasuk angkat berat, pilates dan muay thai.
Ketika fasa menurunkan berat badan saya kurangkan makanan karbohidrat dan mengutamakan protein dalam setiap sajian makanan, tanpa perlu berlapar kerana saya pernah meng­alami kerosakan kuku, keguguran rambut kerana makan kuantiti yang sedikit dan tidak bernutrisi.

Cantik bagi anda?
Mempunyai sosok tubuh yang sihat, muka berseri serta berpakaian sopan. Itu bermaksud wanita tersebut sangat menjaga kecerdasannya, pemakanan dan kehormatan.

Tips wanita kekal cantik dan aktif bagi Cici?
Kurangkan makanan manis, berminyak serta bersusu dan jika muka breakout akibat mencuba banyak produk kecantikan, mulakan semula dengan penjagaan asas kulit iaitu pencuci, pelembat dan sunscreen.

Ciri lelaki pilihan?
Lelaki yang manja, tidak cepat marah, beradab dan mempunyai pola pemakanan lebih kurang sama seperti saya.
Paling penting sekali, ciri lelaki pilihan saya yang sentiasa berusaha ke arah menambah balik kehidupan dan mempunyai tujuan hidup sama seperti saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI