fbpx

50 petugas HTAR dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Tengku Ampuan Rahimah

KLANG – Seramai 50 petugas Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dijangkiti Covid-19 setakat ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, kesemua mereka sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

“Siasatan pasukan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan HTAR tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan itu sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital atau semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi selama 14 hari.

“Namun, keadaan adalah terkawal dengan semua kontak telah diambil ujian swab dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kata beliau, semua pesakit kontak rapat juga telah menjalani ujian saringan yang sama.

Sha’ari bagaimanapun menegaskan pengurusan rawatan pesakit di HTAR masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting dan menularkan sebarang berita tidak sahih sehingga mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Jelas beliau, JKNS sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan dalam kalangan petugas kesihatan dan pesakit di kawasan hospital. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI