fbpx

EPL: Maresca menuju Stamford Bridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARESCA berjaya mengemudi Leicester kembali ke EPL menyebabkan Chelsea melihat potensi besar yang beliau miliki. - AFP

LONDON – Chelsea dilapor mengadakan rundingan bersama pengendali Leicester City, Enzo Maresca yang berada dalam senarai calon untuk dilantik sebagai pengurus baharu pasukan itu menggantikan Mauricio Pochettino.

Maresca dilaporkan menjadi salah seorang daripada tiga calon yang sedang dipertimbangkan The Blues termasuk Pengurus Ipswich Town, Kieran McKenna dan pengendali Brentford, Thomas Frank.

Setakat ini, Chelsea tidak meletakkan pilihan utama daripada ketiga-tiga pengurus berkenaan, namun Maresca dilaporkan mendahului saingan selepas menjadi calon pertama mengadakan rundingan bersamanya.

Pengurus dari Itali itu dilantik mengemudi The Foxes pada 2023 selepas meninggalkan Parma yang disertainya sebaik meninggalkan tugas sebagai jurulatih skuad pembangunan Manchester City pada 2021.

Chelsea dikatakan belum mengemukakan sebarang butiran terperinci mengenai kontrak untuk pengurus berusia 44 tahun itu, namun sumber memberitahu beliau mungkin akan diberikan perjanjian lebih lama berbanding Pochettino yang menandatangani kontrak selama dua tahun.

Maresca berjaya membantu Leicester memenangi saingan Liga Kejuaraan musim ini sekali gus membantu pasukan itu kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas tersingkir pada musim lalu.

Dalam pada itu, satu lagi calon, Frank dilaporkan sedang mengintai peluang mengembangkan lagi kariernya dengan mengemudi pasukan yang lebih besar selepas dianggap sebagai pengurus hebat Brentford sejak enam musim lalu ketika menggantikan Dean Smith.

Pengurus dari Denmark itu dilaporkan terbuka untuk mendengar tawaran daripada mana-mana kelab yang lebih besar sekali gus menyebabkan persaingan untuk merebut ‘kerusi panas’ di Stamford Bridge berlangsung sengit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI