fbpx

Yayasan Bank Rakyat cungkil bakat muda melalui teknologi robotik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab Rauf merasmikan pelancaran Future Tech Programme YBR sambil disaksikan Syaiful di Mitc Hotel, Melaka.

PETALING JAYA – Seramai 270 pelajar di Melaka menyertai Program Future Tech tajaan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dalam usaha meningkatkan kemahiran asas robotik serta mengingtegrasikan teknik pengaturcaraan melalui konsep tenaga lestari.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, program yang turut melibatkan 20 orang guru itu dijalankan selama tiga hari dua malam dengan objektif untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kecekapan terhadap pengaturcaraan, mengaplikasikan kemahiran pemikiran komputasional dan ‘Internet of Things’ dikalangan peserta melalui modul robotik, dron dan solar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak YBR kerana menaja program pendidikan teknologi digital ini. Diharapkan, ia akan menjadi pemangkin transformasi masyarakat luar bandar ke arah teknologi

“Dalam pada itu, saya berharap lebih banyak program sebegini dapat dilaksanakan dimana ia sekali gus dapat memberi impak kepada dunia digital terumanya di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, program tersebut merupakan bukti YBR amat menitikberatkan pendidikan bagi mewujudkan modal insan yang berdaya saing.

Tambah beliau, program berunsurkan robotik ini amat bersesuaian dengan perubahan teknologi yang semakin berkembang pesat, selaras dengan revolusi industri 4.0 negara.

“Program yang melibatkan pendidikan digital harus didedahkan kepada pelajar seawal sekolah
rendah bagi memastikan penguasaan ilmu berteraskan digital dapat dimaksimumkan.

“Menerusi program ini, diharapkan pelajar-pelajar mendapat sedikit pendedahan penggunaan Artificial Intelligence (AI) serta menambah minat mereka dalam pengaturcaraan robotik, dron dan solar,” ulasnya.

Tambah Syaiful, dengan kerjasama bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), program tersebut juga dapat memberi kesan positif terhadap penyertaan pelajar dalam mempelajari dan mendalami arena robotik.

Dalam majlis sama, YBR turut mengadakan pelancaran Program Tuisyen Rakyat negeri Melaka yang melibatkan 10 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Jelas Syaiful, usaha tersebut adalah bagi membantu pelajar dari golongan kurang berkemampuan yang berada di sekolah di kawasan luar bandar serta sekolah yang mempunyai ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan.

Difahamkan, program Tuisyen Rakyat di negeri Melaka itu melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000 dan melibatkan 10 buah sekolah di sekitar Alor Gajah, Melaka Tengah dan
Jasin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI