BALIK PULAU – Tiga beranak dilaporkan maut selepas rumah kedai yang mereka diami di Jalan Utama Balik Pulau di sini terbakar, pagi tadi.
Mangsa terdiri ibu, anak perempuan dan anak lelaki dipercayai terperangkap dalam kejadian yang berlaku, kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Ketika ini, identiti mangsa maut belum dikemas kini pasukan penyelamat.
Lokasi kejadian merupakan premis menjual permaidani dan lain-lain.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.06 pagi.
“Terdapat tiga mangsa yang terperangkap dalam kebakaran itu dan belum dikenal pasti.
“Mangsa pertama dijumpai pada pukul 8 pagi, mangsa kedua pukul 9.04 pagi, manakala mayat ketiga ditemui pada 10 pagi tadi.
“Ibu dan anak lelaki sebelum itu sudah berjaya keluar namun masuk semula masuk ke rumah berkenaan sebaik menyedari yang anak perempuannya sedang tidur di bilik tingkat atas,” katanya kepada Kosmo! di sini. -KOSMO! ONLINE