fbpx

Saya bercerai hidup, bukan suami meninggal dunia – Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adira membidas pertanyaan seorang netizen yang menuduhnya melanggar idah.

PETALING JAYA – Penyanyi Adira Suhaini menegaskan tindakannya keluar dalam tempoh idah selepas bercerai dengan usahawan, Datuk Red adalah untuk mencari rezeki untuk keluarganya.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 33, berkata, perkara itu dianggap sebagai keperluan bagi menyara empat orang anak di bawah tanggungannya ketika ini.

“Saya ini bukan balu, saya bercerai hidup bukan pasangan meninggal dunia.

“Jadi, saya perlu keluar untuk mencari sesuap nasi. Kalau duduk di rumah, siapa yang hendak beri makan?” katanya dalam sebuah video TikTok.

Dia berkata demikian bagi membalas pertanyaan seorang individu yang mempersoalkan sama ada tempoh idah dirinya sudah berakhir atau belum.

Dalam video sama, pelantun lagu Ku Ada Kamu itu turut berpendapat wanita yang kematian suami iaitu balu juga dibolehkan keluar rumah sekiranya perlu bekerja mencari nafkah.

“Kalau idah kematian suami, dia perlu atas urusan kerja, boleh dia nak keluar sebab siapa nak sara hidup dia?

“Habis itu, anak empat orang (anaknya) itu siapa nak makan? Awas ya!” ujarnya.

Sementara itu dalam ruangan komen, masih terdapat netizen yang mempersoalkan dirinya bersolek dan berhias dengan memakai perhiasan dalam tempoh idah.

“Memang boleh keluar tapi tidak boleh bersolek.

“Betul boleh keluar cari rezeki namun tidak dibenarkan melawa dan perlu pulang ke rumah selepas habis kerja,” komen netizen.

Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.

Adira bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah daripada Datuk Red kerana memahami keadaan bekas suami yang mengalami masalah kewangan.

Terdahulu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI