fbpx

Mahkamah Keadilan Antarabangsa minta Israel henti serangan di Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Keadilan Antarabangsa memerintahkan Israel menhentikan serangan di Rafah. - AFP

THE HAGUE, Belanda – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda semalam memerintahkan Israel  supaya menghentikan serangannya ke atas Rafah,  lapor portal berita The National.

Ia merupakan keputusan penting kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza selepas tentera Israel menyerang wilayah itu sejak 7 Oktober tahun lalu.

Keputusan itu dicapai dengan keputusan 13 undi menyokong manakala 2 lagi menentang.

Mahkamah berkata ,Israel mesti segera menghentikan serangan ketenteraannya di Rafah, tempat perlindungan terakhir di selatan Gaza untuk kira-kira sejuta orang yang kehilangan tempat tinggal. 

Ia adalah perintah paling drastik mahkamah setakat ini dalam kes pembunuhan beramai-ramai yang dibawa oleh Afrika Selatan dan pasti akan meningkatkan tekanan ke atas Israel berhubung perang  di Gaza. 

Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin mengalu-alukan keputusan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI