fbpx

Liga Super: Kedah hampa tewas kepada Perak 0-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perak FC menewaskan KDA FC 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. Foto KDA FC

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman (KDA) FC hampa apabila dikecewakan Perak FC 0-2 dalam aksi pertama Liga Super di gelanggang sendiri di Stadium Darul Aman, di sini sebentar tadi.

Perak memperoleh jaringan pertama menerusi pemain dari Korea Selatan, Lee Tae-min pada minit ke-17 dengan jaringan tersebut itu disahkan secara semakan semula oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pemain KDA FC kemudian cuba bangkit dengan melakukan beberapa serangan menerusi Sony Norde, Syafiq Ahmad dan Sukhrob Nurulloev, namun gagal.

Bersambung babak kedua, KDA FC terus dikecewakan Perak FC dengan jaringan kedua, juga oleh Tae-min pada minit ke-76. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI