fbpx

Liga Super: TFC menang bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismaheel (dua dari kiri) meraikan gol kedua TFC bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Super menentang KDN FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) melonjak ke puncak Liga Super sekurang-kurangnya untuk seketika apabila mudah menewaskan 3-0 pasukan jiran, Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Gol pendahuluan TFC menjelma minit ke-36 setelah video bantuan pengadil (VAR) mengesahkan kekasaran oleh pemain KDN terhadap Safawi di dalam kotak penalti yang disempurnakan Akinade.

KDN yang dilatih pengendali Korea Selatan, Park Jaehong sesekali melakukan serangan balas malangnya sepakan percuma Kharoub Ali Abdalrahim minit ke-36 tepat ke arah penjaga gol tuan rumah.

Kesempatan itu diambil TFC untuk membawa kelebihan dua gol ke bilik persalinan setelah gerakan Akinade dari sebelah kanan mudah disambar Nurillo Tukhtasinov minit ke-45.

Berpunca sepakan sudut itu, Ott (m-47) bijak melakukan voli menarik dari depan pintu gol menewaskan Khatul Anuar Md. Jalil untuk meletakkkan Sang Penyu selesa mendahului tiga gol tanpa balas.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat membolehkan TFC memungut tujuh mata untuk mendahului carta Liga Super sebelum empat lagi perlawanan berlangsung esok dan Ahad. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI