fbpx

Insiden pecah rumah tidak ganggu fokus Ahmad Khuzaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Khuzaimi (dua dari kiri) tetap gigih menjalani latihan sebelum berdepan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Ahad ini. FOTO/ AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil anggap Ahmad Khuzaimi Piee sebagai pemain yang cukup matang untuk mengawal keadaan dan akan kekal bersikap professional.

Walaupun masih memikirkan tentang keselamatan keluarganya di kampung, pengendali Red Giants, Nidzam Jamil percaya Ahmad Khuzaimi mampu bersikap tenang untuk membantu pasukan raih keputusan lebih positif.

“Semalam Khuzaimi masih turun ke latihan seperti biasa, kita ada berbual dengannya. Sudah pasti keutamaan kita adalah keluarga dan perasaan dia terhadap situasi tetapi saya rasa semuanya sudah diselesaikan di peringkat (siasatan) polis dan letakkan keluargannya dalam keadaan selamat.

“Khuzaimi seorang yang profesional, mampu berfikir secara baik dan saya tidak nampak perkara yang berlaku ini menganggunya dalam padang. Jika dia kata dia tidak ada masalah (untuk bermain) saya pasti akan letakkan namanya dalam senarai pemain.

“Saya yakin terhadapnya dan dia juga yakin dengan dirinya. Jadi benda itu bukanlah isu buat kami,” katanya.

Sebelum ini, rumah Ahmad Khuzaimi dipecah masuk dan kehilangan beberapa dokumen penting, empat beg pelbagai jenama, passport dan sebuah motosikal.

Rentetan itu, Ahmad Khuzaimi mengakui bimbang keselamatan keluarga kerana beberapa dokumen yang hilang menggunakan alamat rumah keluarganya di kampung. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI