fbpx

Malaysia Masters: Zii Jia kejang seluruh badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA dipaksa bekerja keras ketika bertemu Antonsen sehingga menyebabkan dia kejang seluruh badan. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia belum pasti dapat beraksi pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters esok selepas mengalami kekejangan seluruh badan.

Bekas juara Asia itu berdepan situasi tersebut sebaik sahaja menewaskan pilihan kedua kejohanan, Anders Antonsen 21-15, 19-21, 21-11 pada aksi suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Zii Jia dilihat berjalan terhincut-hincut selepas dipaksa mengerah segala kudrat dalam perlawanan yang memakan masa 83 minit itu bagi mengesahkan kelayakan ke pentas separuh akhir.

Pengurus Team Lee Zii Jia (Team LZJ), Lee Zii Yii berkata, keadaan itu mungkin disebabkan keadaan fizikal yang sudah penat selepas beraksi sehingga ke final pada Terbuka Thailand minggu lalu.

“Boleh nampak selepas set kedua, dia berasa ketat dan letih di kaki selepas beraksi dua kejohanan berturut-turut. Sekarang dia mengalami kekejangan, sama ada ketika duduk atau berdiri.

“Kami ambil keputusan untuk menghantarnya ke Institut Sukan Negara (ISN) bagi mendapatkan rawatan pemulihan. Ketika dalam bilik rawatan, dia hanya memandang kosong sahaja,” katanya.

Sekiranya cergas untuk beraksi di separuh akhir esok, Zii Jia akan membuat perhitungan dengan jaguh Hong Kong, Ng Ka Long yang menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia Hangzhou dari China, Li Shi Feng 21-13, 21-15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI