fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di enam negeri terutama di Pantai Timur malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, kawasan yang terlibat adalah Gua Musang, Kelantan dan Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu.

Menurutnya, cuaca buruk itu juga dijangka berlaku di Pahang di Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

“Cuaca sama turut dijangka berlaku di kebanyakan kawasan melibatkan daerah selatan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang). Di Perak pula, hujan lebat tertumpu di Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk dilaporkan di Sabah melibatkan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, dan Kota Beludi), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Perak, Johor Timur, Pahang, Sabah Barat dan Labuan sehingga malam ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” MetMalaysia dalam kenyataanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI