fbpx

Penduduk lega monyet suka curi pakaian dalam ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monyet tersebut gemar mencuri barangan di kedai Ai Waeng berkali-kali. - KHAOSOD

BANGKOK – Penduduk di bandar Lopburi, Thailand akhirnya menarik nafas lega selepas seekor monyet yang suka mencuri akhirnya ditangkap, lapor akhbar Thaiger semalam. 

Kehadiran monyet itu bukan sahaja menyusahkan mereka, malah mengganggu perniagaan di kawasan sekitarnya. 

Menurut seorang peniaga bernama Ai Waeng, monyet tersebut berulang kali mencuri barangan di kedainya.

Lebih aneh, ia gemar mencuri seluar dalam dan memakainya.

Ai Waeng cuba memasang jeriji, namun usahanya gagal. Dua kemudian menawarkan sejumlah wang tunai kepada sesiapa yang dapat menangkap haiwan itu. 

“Kami tidak dapat menjalankan perniagaan dengan aman. Setiap kali kami menoleh, ada sesuatu hilang,” kata Ai Waeng. 

“Ia membuatkan kami marah,” tambahnya. 

Monyet itu berjaya ditangkap selepas pegawai-pegawai  daripada  Jabatan Taman Negara, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan memasang perangkap di kawasan berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI