fbpx

Libasan ‘maniam’ bikin Thailand resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pemain sepak takraw Thailand ketika berjaya menumbangkan China dalam aksi regu berpasukan di Stadium Titiwangsa.

KUALA LUMPUR – Pasukan sepak takraw Thailand mengakui bahawa Malaysia adalah pasukan terbaik selepas mereka tumbang mengejut dalam acara double (beregu) dan regu pada final Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa.

Kekalahan mengejut itu membuatkan pasukan Gajah Perang tersebut lebih berhati-hati sekiranya berdepan final di pentas final sekali lagi terutama dalam acara regu berpasukan selepas mengiktiraf bahawa libasan tenik ‘maniam’ sangat berbahaya kepada mereka.

PENGURUS skuad sepak takraw Thailand, Supot Tumpracha melontar amaran bahawa mereka akan bangkit dalam acara berpasukan.

Pengurus skuad Thailand, Supot Tumpracha berkata, libasan kalih (sunback) yang menjadi kegemaran pemain Malaysia sukar dihadang sekali gus mendatang masalah kepada pemainnya untuk mengutip mata.

“Sekarang komunikasi pemain Malaysia sangat baik, pemain juga bagus selain libasan ‘sunback’ sangat bahaya dan sukar untuk diambil atau dihadang.

“Pemain Malaysia yang melakukan teknik ini mampu melihat lawan sepanjang masa di hadapan jaring. Saya menganggap libasan kegemaran Malaysia ini sukar dihadang lawan,” katanya.

Pemain Thailand sering menggunakan rejaman gulung dan teknik tersebut juga dianggap bahaya oleh pemain Malaysia sekiranya tidak melakukan hadangan dengan baik.

Ketika ini, Thailand sedang melakukan persiapan terbaik untuk bersaing di suku akhir selepas muncul juara Kumpulan B apabila mudah membenam India dan China dengan kemenangan bersih 3-0. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI