fbpx

Liga Super: JDT tekad pertahan rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT bersedia untuk memburu kemenangan ketiga dan mengekalkan rekod bersih menjelang aksi menentang KL City petang ini.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan memandang mudah ancaman Kuala Lumpur City (KL City) pada perlawanan tempat lawan pertama Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan memburu rekod bersih pada saingan awal liga kali ini selepas meraih kemenangan percuma ke atas Selangor sebelum menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) di laman sendiri minggu lalu.

Jurulatih JDT, Hector Bidoglio mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh barisan pemain, tetapi apa yang telah ditampilkan setakat ini cukup positif.

“Kita akan mengharungi perlawanan tempat lawan pertama musim ini menentang KL City dan saya jangkakan perlawanan yang sukar.

“Namun, saya tekankan kepada pemain agar kita kekalkan mentaliti yang sama tidak kira beraksi di laman sendiri atau tempat lawan. Pasukan perlu kekal dinamik dan agresif dalam usaha melakar kemenangan.

“Masih ada beberapa kelemahan yang saya lihat kita perlu lebih kompak ketika tidak mendapat bola selain berusaha untuk menguasai perlawanan dengan lebih baik,” kata pengendali kelahiran Argentina itu.

Sementara itu, Bidoglio tidak menolak kemungkinan bakal merombak kesebelasan utama dengan memberi ruang kepada pemain yang cergas sepenuhnya untuk meraih minit permainan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI