fbpx

Lelaki dengar bisikan parah terjatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang diselamatkan oleh orang awam selepas terjatuh dari Jambatan Pak Nik Loh, Panchor di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami gangguan bisikan suara halus, cedera parah pada bahagian perutnya selepas terjatuh dari Jambatan Pak Nik Loh, Panchor, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang, lelaki yang berusia 35 tahun itu cedera pada perutnya dipercayai tertusuk besi jambatan lama yang berada di dalam sungai.

Mangsa disedari hanyut dalam keadaan terlentang oleh pemilik sebuah restoran, Rusmini Zakaria, 34, yang sedang mengemas premisnya bersama salah seorang pekerja.

Rusmini berkata, pekerjanya terus bergegas meminta bantuan nelayan di seberang sungai untuk menyelamat mangsa yang sedang terkapai-kapai.

“Pekerja saya dibantu dua penduduk kampung berjaya menarik mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan separuh sedar naik ke jeti sebelum dibawa ke klinik berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang dikenali Adnan, 40, berkata, mangsa dikatakan hanyut sejauh 300 meter sebelum disedari oleh pemilik restoran yang melihat lelaki itu hanyut berhampiran jeti.

“Dia datang ke jambatan itu dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave. Difahamkan, dia ada maklumkan kepada orang terdekat untuk terjun ke dalam jambatan itu semalam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI