fbpx

Kian Meng-Pei Jing fokus kelayakan WTF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIAN Meng (kiri) dan Pei Jing kempunan ke separuh akhir Malaysia Masters selepas tewas 19-21, 14-21 di suku akhir semalam. - SHIDDIEQIIN ZON

BEREGU campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing masih meletakkan sasaran untuk memburu kelayakan ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China pada Disember depan.

Ketika ini, Kian Meng-Pei Jing menghuni ranking ke-23 kelayakan WTF, namun mereka masih memiliki banyak peluang untuk mengutip mata dalam kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Beregu No.24 dunia itu terlepas peluang untuk mengutip mata lebih banyak apabila tersingkir daripada Malaysia Masters semalam selepas tewas 19-21, 14-21 kepada rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

“Kita sudah berikan apa yang kita ada pada perlawanan hari ini (semalam), jadi sangat gembira dengan prestasi ditampilkan. Saya harap kami kekalkan prestasi ini minggu depan (Terbuka Singapura).

“Sekarang kita akan pilih kejohanan dan kebanyakan yang besar-besar untuk kejar ke WTF dan naikkan semula ranking. Buat masa ini, kita akan menyertai lebih kurang 10 kejohanan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Meskipun gagal melayakkan diri ke separuh akhir Malaysia Masters, namun prestasi itu boleh dianggap baik kerana dapat memperbaiki pencapaian musim lalu di mana mereka sekadar menamatkan saingan di pusingan pertama.

Sementara itu, Pei Jing mengakui, prestasi dia dan Kian Meng sepanjang musim ini tidak mencapai standard dimahukan, sekali gus perlu bekerja keras untuk kembali mempamerkan aksi sebenar.

“Setakat ini, keputusan yang kami catat bukanlah yang terbaik, memang ada penurunan. Fokus kami sekarang hanya satu, iaitu untuk menaikkan prestasi biarpun sudah tidak layak ke Sukan Olimpik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI