fbpx

[VIDEO] Bapa bayi hidap penyakit kronik sebak terima kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan Mohd. Azlan menerima sebuah kereta Proton Persona.

PETALING JAYA – Bapa kepada bayi 11 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik yang tular baru-baru ini sebak apabila menerima sebuah kereta untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Menerusi perkongsian di Facebook Daniel Firdaus, bapa bayi tersebut, Mohd. Azlan Ishak, 36, kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika menerima kenderaan tersebut, semalam.

“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi. Allahu, besar ujian Encik Lan tapi tetap kuat.

“Teringat kali pertama Lan datang kedai abang aji nak cari kereta bernilai RM1,000 untuk ulang-alik Hospital Bahiyah. Walaupun abang aji bagi pilihan kereta, Lan tak kisah dan tidak meminta,” kata hantaran itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji tindakan pemilik kedai kenderaan terpakai tersebut yang murah hati membantu orang yang memerlukan.

“Seronoknya tengok mereka dah ada kereta. Allahu, terima kasih sebab tolong mereka anak-beranak. Tengok air muka suami dia tuhan saja tahu,” kata Ina.

“Terima kasih bantu saudara kita yang dalam kesusahan. Kami tak mampu untuk bantu tahap ini, semoga tuan dimurahkan rezeki atas asbab bantuan ini,” kata Sue.

“Terima kasih juga kepada yang viralkan, sekurang-kurangnya keluarga ini dapat bantuan yang selayaknya,” kata Lynn.

Terdahulu, gambar mereka sekeluarga menaiki motosikal ketika hendak ke hospital tular di media sosial sehingga mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI