fbpx

Ah long ugut lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas polis daripada dua orang suspek disyaki ah long.

PETALING JAYA – Dua lelaki tempatan disyaki ah long ditahan kerana bertindak mengganggu dan membuat kacau di rumah seorang lelaki yang gagal melunaskan bayaran pinjaman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek berjaya diberkas oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di Puchong.

“Suspek ditahan selama tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1952.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM250,000 tetapi tidak melebihi RM1 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang merupakan seorang peniaga dan telah membuat pinjaman dengan suspek untuk urusan pusingan modal perniagaannya pada tahun lalu.

“Pinjaman tersebut telah dilangsaikan dan tiada gangguan dibuat oleh ah long tersebut.

“Tidak lama selepas itu, mangsa telah dihubungi oleh ah long yang lain menawarkan pinjaman wang dan mangsa yang kebetulan memerlukan wang telah bersetuju untuk membuat pinjaman tersebut,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, tanpa disedari mangsa telah membuat pinjaman daripada 15 orang ah long yang jumlah keseluruhannya kira-kira RM36,000.

“Suspek telah bertindak mengganggu ahli keluarga mangsa dan akan menghantar orang untuk membuat kacau di rumah mangsa serta akan menampal gambar mangsa bagi tujuan memalukan mangsa dan keluarga sekiranya gagal membuat bayaran seperti yang diminta,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI