fbpx

ADUN Sungai Bakap masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fauzi.

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff (Pas) masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, Nor Zamri berada dalam keadaannya lebih baik daripada sebelum ini.

“Saya melawat banyak kali, sebelum saya ke Kelantan (Rabu lalu) saya ada melawat, Nor Zamri dalam proses rawatan dan doktor suruh berehat, dia perlukan rehat.

“Tentang dakwaan beliau kritikal, kita ada adab dengan keluarga sebab itu saya tidak mahu keluarkan kenyataan. Kita harap beliau sembuh, dapat datang bersama-sama dalam sidang DUN,” katanya di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, hari ini.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di ICU HSJ kerana komplikasi pada bahagian perut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI