fbpx

1,220 kes baharu, tiga kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,220 kes baharu dicatatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,220 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 89,133 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala selebihnya sebanyak 1,214 kes adalah penularan tempatan.

“Dalam masa sama, sebanyak 1,297 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 74,030 kes.

“Tiga lagi kematian baharu turut direkod di Johor dan Sabah membabitkan lelaki berusia 36, 55 dan 81 tahun menjadikan sebanyak 432 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 106 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, manakala, 53 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI