fbpx

190 pembeli Rumah Perakku gembira miliki kediaman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada 190 pembeli Rumah Perakku Fasa 1 di Taman Tualang Baru, Tanjung Tualang, Batu Gajah menerima replika kunci sebagai simbolik menerima unit rumah masing-masing hari ini.

BATU GAJAH – Seramai 190 pembeli Rumah Perakku Fasa 1 di Taman Tualang Baru, Tanjung Tualang di sini bergembira apabila secara rasmi dapat mendiami rumah mampu milik teres satu tingkat yang berharga RM180,000 seunit.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Bavani Veriah, projek fasa satu itu siap pada 15 April 2024 yang mengambil masa selama 38 bulan.

“Projek ini mula dibangunkan pada Januari 2021 dan ia melibatkan pembangunan di tanah kerajaan seluas 30 ekar dengan kos sebanyak RM44.3 juta.

“Taman Tualang Baru ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan pembinaan 190 unit rumah mampu milik teres satu tingkat yang dilancarkan hari ini yang berharga RM180,000 seunit,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Perakku Fasa 1, Taman Tualang Baru, Tanjung Tualang, Batu Gajah hari ini.

Beliau mewakili Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching. Majoriti pembeli rumah tersebut ialah golongan B40.

Katanya lagi, fasa dua melibatkan 43 unit rumah mampu milik teres dua tingkat sementara fasa tiga pula melibatkan pembinaan 86 unit rumah kos rendah teres satu tingkat.

“Saya difahamkan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah ‘mengorbankan’ RM3.5 juta nilai balasan bagi membolehkan harga jualan rumah mampu milik ini ditetapkan pada kadar RM180,000 seunit.

“Kesefahaman dan kerjasama pemaju swasta dan LPHP seperti ini merupakan jalan terbaik bagi membolehkan rakyat Perak boleh membeli rumah pada harga yang lebih rendah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI