fbpx

Definisi umur warga emas dicadang untuk dinaikkan bermula 65 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Definisi umur bagi warga emas di negara ini dicadangkan untuk dinaikkan daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Cadangan itu dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada mesyuarat kali pertama Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara (MPPWEN) hari ini yang dipengerusikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Berdasarkan takrifan yang dibuat oleh ‘World Assembly On Ageing 1982’ di Vienna, warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi kenyataan hari ini berkata, beberapa cadangan lain turut dikemukakan oleh MPPWEN termasuk pelaksanaan ‘Time Bank Volunteering Scheme’ untuk warga emas di Malaysia.

“Cadangan itu dikemukakan oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia,” katanya.

Rina berkata, menerusi Belanjawan 2021, beberapa inisiatif secara tidak langsung juga akan diberikan kepada warga emas yang antaranya termasuklah had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Selain itu, katanya, majikan yang menggajikan warga emas akan mendapat potongan cukai tambahan sehingga tahun 2025.

Sementara itu, katanya, Sistem Pendaftaran dan Pemetaan Warga Emas iaitu Sistem eWe juga telah dibangunkan oleh JKM bagi mengenalpasti demografi, kemahiran, kepakaran dan keperluan warga emas.

“Sistem ini juga merupakan pangkalan data bagi melihat keperluan bekerja semula dan minat warga emas sebagai persediaan ke arah negara tua pada tahun 2030,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI