fbpx

59 PATI ditahan dalam Ops Benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Benteng semalam selain tiga kenderaan darat turut dirampas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi bersepadu antara pasukan keselamatan negara mengawal ketat sempadan daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan Covid-19.

“Sebanyak 118 Sekatan Jalan Raya (SJR) juga dilaksanakan semalam melibatkan pecahan Ops Penawar (47 SJR); Ops Benteng (62 SJR) dan Ops Benteng (9 SJR).

“Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 196 individu ditahan oleh PDRM atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kesemua yang ditahan itu telah dikompaun atas kesalahan ingkar PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), tidak memakai pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (8) dan lain-lain (14).

“Sebanyak 2,960 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,207 anggota telah membuat pemantauan di 3,468 pasar raya, 4,770 restoran serta 1,529 penjaja, 1,298 kilang, 1,298 bank dan 501 pejabat kerajaan,” ujarnya.

Tambahnya, turut dipantau sebanyak 967 terminal pengangkutan darat, 226 terminal pengangkutan air serta 80 terminal pengangkutan udara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI