fbpx

Saya serah kepada Allah – MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri.

ARAU – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berserah kepada Allah berhubung pertuduhan tuntutan palsu yang dihadapi anak lelakinya di Mahkamah Sesyen Kangar, dekat sini hari ini.

Katanya, beliau juga menyerahkan kepada anaknya, Mohd. Syafeeq Mohd. Shukri, 35, dan peguamnya berhubung pertuduhan dikenakan.

“Selebihnya serah kepada Allah, dia (Mohd. Syafeeq) belum salah lagi, baru buat pertuduhan. Kita tunggu prosedur mahkamah,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita pada satu majlis di sini hari ini.

Menurutnya, dia juga belum bertemu dengan anaknya itu.

“Saya tidak jumpa dia lagi pagi tadi, dia tinggal di rumahnya, manakala saya tinggal di rumah saya. Saya pun tak bercakap dengan dia lagi, jadi saya serah (kes ini) kepada dia dan peguamnya,” ujarnya.

Terdahulu, anak Menteri Besar Perlis itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis di Hospital Tuanku Fauziah, Februari lalu.

Tertuduh, Mohd. Syafeeq, 35, yang juga menantu kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI