JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan tindakan dua remaja yang dipercayai pasangan kekasih, menunaikan umrah secara bersama di kota suci Mekah, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bintanggfairuz, pasangan itu dilihat merakam gambar berdua-duaan di hadapan Kaabah.
Mereka dilihat sangat mesra seperti pasangan suami isteri baru berkahwin.
Bagaimanapun, status sebenar mereka hanyalah pasangan kekasih.
Rakaman itu menjadi tular dan mengundang kecaman netizen.
“Bukankah perempuan tidak boleh melakukan perjalanan jauh kecuali didampingi oleh mahramnya?” kata seorang pengguna laman sosial.
“Ambil yang baik sahaja, semoga yang komen buruk dibersihkan hatinya,” kata netizen lain. – AGENSI