fbpx

Pengantin akad nikah tema One Piece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini berpenampilan menyerupai watak Sanji dan Nami. – TikTok

JAKARTA –  Sepasang pengantin baharu di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial kerana berpenampilan menyerupai dua watak siri anime popular Jepun, One Piece, lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam satu klip video yang dimuat naik di platform X, pengantin lelaki dilihat memakai rambut palsu berwarna perang dengan rambut hadapan hampir menutupi matanya.

Dia dikatakan menyerupai watak Sanji dalam One Piece.

Sementara itu, pengantin perempuan memakai baju kebaya warna krim yang dipadankan dengan rambut palsu merah jingga.

Penampilannya kelihatan seperti watak Nami dalam anime sama.

Pasangan itu duduk di hadapan jurunikah bersama saksi serta ahli keluarga yang hadir untuk upacara pernikahan mereka.

“Alhamdulillah, Sanji dan Nami sudah berkahwin. Petanda One Piece akan tamat,” demikian menurut  keterangan video tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Rupa-rupanya Sanji orang Singosari (dalam wilayah Jawa Tengah),” kata  netizen secara berseloroh. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI