fbpx

[VIDEO] Jumpa bayi di belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Klang, tengah hari tadi.

KLANG – Seorang bayi perempuan baharu dilahirkan ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan di sini hari ini.

Bayi yang masih hidup ditemui pukul 12.08 tengah hari oleh seorang lelaki selepas dimaklumkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pemeriksaan awal mendapati bayi tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri telah dibungkus dengan kain batik dan tuala.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati fizikal bayi dalam keadaan normal dan stabil.

“Usia bayi itu dipercayai baharu beberapa jam berdasarkan uri dan tali pusat masih basah.

“Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Shamsul Amar, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI