fbpx

Polis Perak tingkatkan kawalan keselamatan di semua IPD, balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Yusri (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Polis Perak akan mempertingkat kawalan keselamatan di semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai polis di negeri ini susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kawalan di 16 IPD dan 107 balai polis itu akan dikaji semula termasuk daripada aspek keanggotaan terutama melibatkan penugasan pada sebelah malam.

Malah katanya, kajian juga dijalankan untuk meningkatkan pencahayaan di sekitar premis terutama di pintu masuk IPD dan balai polis selain membaiki pagar yang rosak.

“Saya mengarahkan agar penugasan di IPD dan balai polis di seluruh negeri dikaji semua terutama dari segi kekuatan dan penugasan sebelah malam pada pukul 10 malam ke atas.

“Kita juga akan buat penilaian untuk melihat balai-balai yang berpotensi atau terdapat kekurangan di mana akan membolehkan ancaman berlaku,” katanya hari ini.

Menurut beliau, anggota yang bertugas disarankan untuk lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan termasuk memeriksa orang awam yang datang ke premis pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI