fbpx

F1: Verstappen buru rekod petak utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN sedar bakal menerima tentangan sengit dari McLaren dan Ferrari pada GP Monaco hujung minggu ini. - AFP

MONTE CARLO – Selepas melakar kemenangan di Imola, Max Verstappen terus agresif untuk terus mencipta magis dengan memburu rekod lapan kedudukan pertama berturut-turut dalam perlumbaan Formula Satu (F1) menjelang Grand Prix (GP) Monaco hujung minggu ini.

Pada minggu lalu, bintang Red Bull tersebut melakar kemenangan di GP Emilia Romagna dengan mengatasi pelumba McLaren, Lando Norris dengan kelebihan masa kurang satu saat.

Bagaimanapun, Verstappen cemerlang pada sesi kelayakan apabila meraih petak utama di Imola sekali gus menyamai rekod yang dicipta mendiang Ayrton Senna.

Menyedari tentangan sengit Norris, Verstappen mengakui perlu memanfaatkan setiap kelebihan bermula sesi latihan esok kerana Monaco terkenal dengan laluan sempit dan begitu banyak penghadang jalan yang menyukarkan pelumba mencari ruang memintas berbanding lokasi lain dalam kalendar perlumbaan F1.

“Di Monaco anda perlu lebih menyerlah di pusingan kelayakan untuk mendapat kelebihan pada perlumbaan sebenar nanti. Perkara paling penting pastikan tayar berfungsi dengan baik.

“Litar Monaco sangat istimewa dengan cabaran sangat berbeza dan menarik berbanding litar-litar lain dalam kalendar F1,” katanya.

Satu lagi petak utama akan memastikan Verstappen mencipta rekod sembilan petak utama berturut-turut.

Bagaimanapun, cubaan Verstappen untuk tampil cemerlang di Monaco tidak mudah apabila pencabar dari McLaren dan Ferrari semakin menghampiri terutama Charles Leclerc yang mendakwa dia akan lebih gagah apabila turun ke trek di bandar kelahirannya itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI