fbpx

Didenda curi lembu baka Brahman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUA-DUA tertuduh diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Dua rakan didenda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri dua ekor lembu milik seorang peniaga kedai makan, dua minggu lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Zulikhwan Zolhaisam, 21, dan Abdul Rahman Ahmad, 57, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan niat telah mencuri dua ekor lembu berwarna putih jenis baka Brahman milik Amirul Amin Saharudin, 31, di kandang lembu Permatang Pasir Permai dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 5.30 petang pada 10 Mei 2024.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar denda rendah diberikan dengan alasan mereka tidak berkemampuan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 setiap seorang atau empat bulan penjara jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI