fbpx

Jepun sudi bekerjasama dengan Malaysia hantar bantuan ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar adakan pertemuan bersama Fumio Kishida di Tokyo hari ini. - Foto PMO

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Jepun telah menyatakan kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang kini berada dalam konflik peperangan.

Perdana Menteri itu berkata, ketika mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya, Fumio Kishida, Jepun sudi untuk menghulurkan bantuan melingkupi aspek kesihatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan semula kawasan yang musnah.

“Mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida. Dalam pertemuan ini, kami berdua dapat menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara meliputi bidang pelaburan, perdagangan, teknologi tinggi, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar, pertahanan dan keselamatan, pembangunan keupayaan dan bakat serta pendidikan tinggi.

“Kami berdua juga menyentuh isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama termasuk konflik di Palestin yang mana saya sekali lagi menyatakan solidariti buat rakyat negara itu.

“Saya berharap agar hubungan dengan Jepun terus diperkasa, sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara,” tulis beliau dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri telah menyampaikan ucaptama beliau pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan ke-29 (Persidangan Nikkei) di Tokyo hari ini.

Perdana Menteri menjadi pemimpin pertama menyampaikan ucaptama pagi ini dengan ucapan beliau berkisar tema ‘ASEAN Leadership In an Uncertain World’ yang menyentuh isu geopolitik dan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI