fbpx

Jumpa pemimpin Hamas, tidak timbul soal promosi keganasan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi soal jawab di Persidangan Nikkei 2024 di Tokyo hari ini. - Foto PMO

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak timbul soal mempromosikan keganasan, sebaliknya sebagai sahabat ketika beliau adakan pertemuan bersama pemimpin Hamas ketika lawatan rasmi ke Qatar baru-baru ini.

Kata Perdana Menteri pada hantaran di laman X rasmi beliau hari ini, pertemuan tersebut juga adalah menjadi kewajipan kepada beliau untuk membantu mereka mencari penyelesaian secara aman kepada konflik yang sedang berlaku.

“Saya tegaskan dalam pertemuan tersebut tidak timbul soal mempromosikan keganasan sebaliknya sebagai sahabat sejak beberapa dekad lalu, adalah menjadi kewajipan untuk membantu mereka mencari penyelesaian secara aman kepada konflik yang sedang berlaku.

“Peluang itu saya gunakan untuk merayu kepada Ismail Haniyeh untuk mematuhi seruan perdamaian, menerima penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin, serta pertukaran tawanan,” tegasnya pada sesi soal jawab pada Persidangan Nikkei 2024 di Tokyo, hari ini.

Tambah Anwar, beliau turut menjawab persoalan mengenai tindakan Amerika Syarikat yang tidak menggunakan pengaruh mereka dalam memperjuangkan krisis kemanusiaan, sebaliknya terus mempromosi pembantaian dan penghapusan rakyat Palestin.

“Saya juga menjawab pertanyaan berkaitan hubungan kerjasama Malaysia dengan negara-negara lain terutamanya China dan Amerika Syarikat.

“Terima kasih Nikkei atas peluang dan ruang yang diberikan,” tulis beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI