fbpx

9 maut, 63 cedera pentas kempen pilihan raya roboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kejadian selepas pentas roboh di San Pedro Garza Garcia, Nuevo Leon semalam. - AFP 

BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak selepas pentas di sebuah perhimpunan kempen pilihan raya di Nuevo Leon, utara Mexico roboh akibat ditiup angin kencang, lapor saluran berita South China Morning Post hari ini. 

Insiden tersebut turut mencederakan 63 orang, kata gabenor negeri itu.

Kejadian berlaku semasa perhimpunan yang dihadiri oleh calon presiden, Jorge Alvarez Maynez. Beliau bagaimanapun sempat menyelamatkan diri. 

Sebuah rakaman di media sosial memaparkan orang ramai menjerit sambil melarikan diri dari kawasan kejadian. 

“Mangsa tidak bersendirian dalam tragedi ini,” kata Maynez kepada media tempatan sambil menambah, beliau menangguhkan program kempen akan datang. 

Sementara itu, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata, beliau menyampaikan rasa simpati dan sokongan kepada ahli keluarga mangsa, rakan dan penyokong politik. 

Kempen-kempen giat diadakan di Mexico pada minggu ini dan minggu depan menjelang pilihan raya presiden, negeri dan perbandaran pada 2 Jun ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI