fbpx

Selangor FC pertingkatkan kawalan keselamatan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahril.

PETALING JAYA – Selangor FC akan beri sokongan penuh kepada anggota pasukan dan aspek keselamatan terhadap pemain akan terus dipertingkatkan lagi bagi memastikan tiada sebarang insiden buruk terus berulang.

Selepas insiden Faisal Halim disimbah asid, terbaharu rumah pemain pertahanan Red Giants, Ahmad Khuzaimi Piee dipecah masuk hingga menyebabkan kehilangan beg silang pelbagai jenama, dokumen penting seperti pasport dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, beliau sudah pun menemui Ahmad Khuzaimi dan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan pasukan.

“Ketua Pegawai Eksekutif kami, Dr. Johan Kamal Hamidon sedang menguruskan situasi ini. Nasib baik, Khuzaimi tiada di rumah semasa kejadian itu berlaku. Sebaik sahaja saya mendengar tentang kejadian itu, saya terus menemuinya.

“Kami akan menyokongnya dalam apa jua kapasiti yang mampu. Kelab ini bekerjasama rapat dengan pemain dan pegawai pasukan kerana keselamatan mereka adalah keutamaan kami,” katanya.

Ahmad Khuzaimi menerusi Insta Storynya berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan dalam rumah dan pemeriksaan dilakukan menyaksikan motosikal jenis Yamaha Y15, beg silang pelbagai jenama beserta paspot telah hilang.

Rentetan kejadian itu, aspek keselamatan keluarga menjadi kebimbangan utama buat Ahmad Khuzaimi kerana beberapa dokumen penting miliknya menggunakan alamat kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI