fbpx

Aplikasi PULSE Prasarana mudahkan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAJUDDIN Abdul Rahman mendengar penerangan mengenai aplikasi perancang perjalanan Planning Your Lifestyle Efficiently (PULSE), daripada 'Bus Enthusiast', Siti Nawal Shakirah Abdul Rahman (paling kiri), pada Majlis Pelancaran PULSE, di Kompleks Rapid Rail Subang, hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Pengguna rangkaian pengangkutan awam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini boleh menikmati perjalanan yang lebih efisien dan selesa dengan menggunakan aplikasi perancang perjalanan ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ (PULSE) bermula esok.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, aplikasi PULSE merupakan satu lagi inisiatif daripada Prasarana untuk meningkatkan lagi kemudahan serta keselesaan pengguna sewaktu menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian mereka.

“Dengan adanya aplikasi ini, pengguna dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih baik, sekali gus mengoptimakan masa secara lebih produktif dan membantu meningkatkan produktiviti diri, organisasi dan juga negara secara keseluruhan.

“Pada peringkat permulaan, aplikasi ini boleh diguna-pakai untuk perkhidmatan Rapid KL, yang meliputi rangkaian perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, LRT laluan Ampang, LRT laluan Sri Petaling, laluan Monorel, Bas Rapid Transit-Laluan Sunway, perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL dan juga bas perantara ‘Jom Naik MRT’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran aplikasi berkenaan di Kompleks Rapid Rail, Subang, Selangor hari ini. -K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI