fbpx

Cemas, Shah Rukh Khan diserang strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

AKTOR ternama Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke sebuah hospital di Ahmedabad akibat dehidrasi dan strok haba akibat cuaca panas melampau di India ketika ini.

Memetik laporan Times of India, pelakon Dilwale itu hadir menyaksikan perlawanan kriket Liga Perdana India (IPL), membabitkan pasukannya, Kolkata Knight Riders (KKR) di Stadium Narendra Modi pada Selasa lalu namun keadaan kesihatannya semakin memburuk sebelum dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya.

Menurut Penguasa Polis Ahmedabad (Luar Bandar), Om Prakash Jat, aktor itu bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital selepas kesihatannya semakin stabil hasil menerima rawatan dan dinasihatkan mendapatkan rehat yang cukup.

“Dia dimasukkan ke Hospital KD selepas mengalami strok haba,” katanya.

Anak perempuannya, Suhana dan anak lelaki, AbRam sebelum itu dilihat menemani bapa mereka yang melayan peminat dan berinteraksi dengan pemain kriket, selepas perlawanan.

Isterinya, Gauri Khan juga dilaporkan bergegas ke Ahmedabad selepas dimaklumkan mengenai hal tersebut.

Difahamkan, Ahmedabad antara kawasan di India yang mencatatkan suhu panas sehingga 45 darjah selsius di bandar utamanya iaitu Gujarat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI