PETALING JAYA – Kerjasama di antara Lembaga Tabung Haji (TH) dengan Pos Malaysia kini melangkah satu tapak ke hadapan dengan pengenalan perkhidmatan deposit wang secara terus ke dalam akaun TH secara online menerusi Pos Online di www.posonline.com.my.
TH menerusi satu kenyataan berkata, langkah tersebut adalah sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan.
“Pelaksanaan ini juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (Compliance Due Diligence-CCD) dipatuhi sepenuhnya.
“Sehubungan dengan itu, mulai 2 Januari 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” kata kenyataan itu hari ini.
Sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tersebut boleh diajukan kepada Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919 atau faks 03 77284959 atau e-mailkan ke [email protected]. -K! ONLINE