fbpx

Ahli farmasi maut kereta dirempuh pemandu lori positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Toyota Yaris yang remuk teruk akibat dirempuh lori di Jalam Sidam, Sungai Petani malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang ahli farmasi maut, manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah lori di Jalan Sidam, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pemandu kereta Toyota Yaris, Siti A’isyah Idris, 23, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Sementara penumpang wanita yang juga berusia 23 tahun cedera parah pada badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lori dalam perjalanan dari arah Kulim ke Sungai Petani.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, lori tersebut mengelak sebuah motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung kereta dinaiki dua mangsa wanita.

“Akibat perlanggaran itu, penumpang Toyota Yaris mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim manakala pemandu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah akibat kecuaian pemandu lori yang memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Kita bertindak menahan pemandu lori berusia 31 tahun terbabit dan pemeriksaan urin mendapati dia positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan mop,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI